Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan hadir pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen UniMAP ke-21 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, Perlis, semalam. (Gambar Istana Arau)PETALING JAYA: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terbukti berjaya melahirkan tenaga mahir yang memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi negara.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah kejayaan itu dibuktikan menerusi Anugerah Kadar Graduan Pilihan Syarikat Multinasional (MNC) Tertinggi yang diraih UniMAP selama dua tahun berturut-turut, bagi 2024 dan 2025.
Baginda yang juga canselor UniMAP bertitah pengiktirafan itu mencerminkan keyakinan syarikat multinasional terhadap kualiti dan kebolehan graduan universiti berkenaan.








