Alor Setar: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyerahkan kepada Yayasan Kedah Sejahtera untuk menjelaskan persoalan berhubung lebihan kutipan sumbangan orang ramai bagi membayar kos mahkamah kerajaan negeri.

Menurutnya, tidak wajar untuk beliau mencampuri urusan yayasan itu dalam menguruskan kutipan sumbangan yang kemudian disumbangkan bagi membayar kos saman syarikat perjudian ke atas kerajaan negeri.

"Kalau dia nak bagi, kita terima saja. Kalau dia bagi RM100 juta pun kita terima.

"Itu kena tanya Yayasan Kedah Sejahtera. Tanya saya, saya tak tau jawab. Saya jawab bagi orang lain tak patut juga, kan?" katanya.