JAKARTA: Rundingan Kod Tatalaku (CoC) Laut China Selatan antara ASEAN dan China dijangka dimuktamadkan tahun depan, ketika Singapura mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN.
Setiausaha Agung ASEAN, Kao Kim Hourn berkata, rundingan itu tidak perlu dimulakan semula dari awal memandangkan 80 peratus daripada draf kod berkenaan sudah mencapai persetujuan.
Beliau berkata, ASEAN dan China kekal komited untuk memuktamadkan Kod Tatalaku itu tahun depan.
“Kami amat optimis bahawa perkara ini dapat diselesaikan,” katanya pada taklimat di Jakarta semalam.









