NEW DELHI: Syarikat gergasi e-dagang, Amazon mengumumkan melabur sebanyak AS$7 bilion (RM28 bilion) dalam projek tenaga bersih di India menjelang tahun 2030, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengurangkan jejak karbon daripada bekalan elektrik yang menguasakan operasinya.
Pengumuman pada petang semalam itu dibuat ketika India menyasarkan kapasiti tenaga bersih sebanyak 500 gigawatt menjelang akhir dekad ini.
Amazon berkata, perbelanjaan yang dirancang itu akan membantu mengurangkan ‘keamatan karbon bagi elektrik yang menguasakan operasinya’ di negara paling ramai penduduk di dunia tersebut.
Ikrar pelaburan baharu ini merupakan tambahan kepada AS$4 bilion (RM16 bilion) dalam pelaburan tenaga boleh diperbaharui yang telah dijanjikan oleh Amazon di India sebelum ini, sekali gus menjadikannya salah satu pembeli korporat utama bagi elektrik bebas karbon di negara itu.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F03%2F32af91afb52bc84e18722ef3c11d8302.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
