SEREMBAN: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUKNS) mengesahkan belum menerima sebarang makluman atau notis rasmi berhubung peletakan jawatan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim berkata, beliau hanya mengetahui perkara itu menerusi kenyataan media Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zamry Abdul Kadir yang tular di media sosial pada malam 16 November lalu.

“Saya pun tahu pada malam 16 November itu melalui media sosial dan sebagainya.

“Saya juga tidak tahu mengenai pertemuan Datuk Ismail dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir semalam. Saya tidak menerima apa-apa makluman mengenai perkara itu,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Modul Aulad Sejahtera 2026 di sini, hari ini.