Kuala Lumpur: Dua beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Nur Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong meneruskan cabaran di Terbuka Hong Kong selepas masing-masing mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua, hari ini.
Wei Chong-Kai Wun yang menghuni ranking kesembilan dunia tidak berdepan masalah untuk melepasi halangan pertama apabila hanya mengambil masa 25 minit untuk menundukkan gandingan Thailand, Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul 21-10, 21-14.
Juara Terbuka Perancis itu bakal berdepan pemenang pertemuan antara pasangan India, Hariharan Amsakarunan-M R Arjun atau wakil Taiwan, He Zhe Wei-Huang Jui Hsuan bagi merebut tiket ke suku akhir, esok.
Sementara itu, gandingan profesional, Azriyn-Wee Kiong turut mengesahkan kemaraan selepas dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan beregu Jepun, Haruki Kawabe-Kenta Matsukawa 21-16, 17-21, 21-19.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F03%2F32af91afb52bc84e18722ef3c11d8302.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

