BERLIN: Pengeluar kereta elektrik Amerika Syarikat (AS), Tesla, merancang melabur €3 bilion (AS$3.3 bilion) bagi memperluaskan kilangnya berhampiran Berlin, termasuk membina bangunan pengeluaran baharu untuk teksi pandu sendiri yang bakal diperkenalkan syarikat itu, menurut Agensi Berita Jerman (dpa).

Bangunan itu kelak mempunyai kapasiti untuk menghasilkan sehingga satu juta unit 'Cybercab', yang direka untuk membawa penumpang tanpa pemandu.

Bagaimanapun, Tesla tidak menyatakan tempoh yang diperlukan untuk mencapai sasaran pengeluaran berkenaan.

"Dengan ini, kami meletakkan asas bagi menjadikan kilang Tesla di Grunheide sebagai kilang paling maju dari segi teknologi di dunia," kata syarikat yang diterajui Elon Musk itu, merujuk kepada kawasan perbandaran lokasi kilangnya.