Kuala Lumpur: Berbanding hanya menunggu peluang, sekumpulan 18 artis muda mengambil langkah berani menemui audien sasaran mereka di universiti tempatan menerusi jelajah kampus bertemakan Lenxy Fest (Festival Lenxy).
Seramai 12 artis berkenaan bernaung di bawah label Lanxy Records Sdn Bhd diketuai Tay Xu Hong atau nama pentasnya, J308 manakala selebihnya artis individu serta pempengaruh.
J308 berkata, jelajah itu membabitkan lima kampus sebelum acara kemuncaknya adalah persembahan utama akhir.
Menurutnya, mereka selesai mengadakan persembahan di lokasi iaitu Universiti Segi pada 25 September, Universiti Taylor's (7 Oktober) dan Universiti UCSI (14 Oktober) sebelum persembahan di Kolej Universiti Southern di Johor pada 28 Oktober lalu dibatalkan kerana jerebu.






