MADRID: AC Milan dilaporkan bersedia mengemukakan tawaran lumayan bernilai kira-kira RM270 juta untuk mendapatkan penyerang muda Real Madrid, Endrick, namun hasrat kelab Itali itu berdepan halangan besar apabila pengendali Los Blancos, Jose Mourinho enggan melepaskan pemain berkenaan.
Milan dikatakan bersedia menawarkan yuran perpindahan sebanyak 60 juta euro (RM270 juta), selain tambahan 10 juta euro (RM45 juta) menerusi bonus berdasarkan prestasi, sekali gus menjadikan nilai keseluruhan pakej itu sekitar RM315 juta.
Menurut laporan Corriere dello Sport yang dipetik Goal, cadangan berkenaan turut merangkumi klausa pembelian semula bernilai 80 juta euro (RM361 juta) bagi membolehkan Real Madrid mendapatkan semula khidmat penyerang Brazil itu pada masa depan.






