KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan dalaman bagi meneliti beberapa dakwaan dibuat oleh ahli perniagaan, Bachar Kiwan, seperti yang dilaporkan portal Sarawak Report sejak 16 Ogos lalu.

Menurut SPRM dalam satu kenyataan, hari ini, siasatan itu adalah susulan arahan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang mahu penelitian menyeluruh dibuat supaya tindakan dan langkah sewajarnya dapat diambil.

Katanya, pertemuan antara pegawai SPRM dengan Bachar Kiwan sebelum ini adalah sebahagian daripada amalan siasatan biasa bagi meneliti serta mengesahkan maklumat berkaitan usaha pemulihan aset kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Setiap perbincangan turut dihadiri wakil Jabatan Peguam Negara (AGC), dan ia tidak bermaksud SPRM mengiktiraf sebarang tuntutan atau status beliau.