ALOR SETAR: Pusat data tidak akan dibangunkan di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) kerana Kedah mahu mengutamakan pelaburan industri yang menawarkan sehingga 15,000 peluang pekerjaan kepada rakyat.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sebuah pusat data lazimnya hanya menawarkan kira-kira 100 peluang pekerjaan berbanding pelaburan lain yang menawarkan lebih banyak pekerjaan.
Katanya, selain itu pusata data memerlukan penggunaan tanah, bekalan air dan tenaga elektrik yang tinggi.
"Kalau seluas kawasan Fasa Lima KHTP itu ditawarkan kepada syarikat lain, ia boleh menyediakan sehingga 15,000 peluang pekerjaan.









