Ipoh: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak mengesahkan pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Kuala Kangsar meninggal dunia hari ini.
Dalam kenyataan dikeluarkan, jabatan itu berkata, pihaknya sedang memantau rapat perkembangan kes dan sudah mengarahkan pihak sekolah untuk memberi kerjasama penuh terhadap siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
JPN Perak juga menzahirkan dukacita atas pemergian pelajar berkenaan dan bersedia menghulurkan bantuan serta sokongan diperlukan pihak berkaitan.
"JPN Perak telah menyelaras agar perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta sokongan psikososial diberikan kepada murid, guru serta warga sekolah yang terkesan dalam memastikan kesejahteraan emosi mereka diberikan perhatian sewajarnya.









