Dunia hari ini menyaksikan detik bersejarah apabila tiga pemimpin kuasa besar dunia iaitu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump; Presiden China, Xi Jinping; dan Presiden Rusia, Vladimir Putin berdiri bersebelahan dan bergambar bersama di Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2026 di sini, hari ini.
Key takeaways
Tiga pemimpin dunia, Trump, Putin dan Xi Jinping, bergambar bersama di APEC 2026 di Shenzhen, China.
- Pemimpin AS, China dan Rusia bergambar bersama dalam sesi family photo APEC.
- Pertemuan ini merupakan pertama kalinya Trump dan Putin bersemuka sejak pertemuan di Alaska pada Ogos 2026.
- Putin kembali menyertai sesi bergambar rasmi APEC buat pertama kali dalam sembilan tahun.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
SHENZHEN, China – Dunia hari ini menyaksikan detik bersejarah apabila tiga pemimpin kuasa besar dunia iaitu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump; Presiden China, Xi Jinping; dan Presiden Rusia, Vladimir Putin berdiri bersebelahan dan bergambar bersama di Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2026 di sini, hari ini.
Momen yang mencuri tumpuan lensa kamera antarabangsa itu dirakam semasa sesi bergambar keluarga (family photo) pemimpin-pemimpin ekonomi APEC menjelang majlis makan malam alu-aluan rasmi sidang kemuncak berkenaan.
Dalam rakaman rasmi yang disiarkan, Xi Jinping selaku tuan rumah kelihatan berada di bahagian tengah pentas karpet merah dengan diapit oleh Trump dan Putin.