MANCHESTER: Mauricio Pochettino memulakan tugas baharunya bersama Manchester United hari ini dengan cabaran besar menanti pengendali dari Argentina itu untuk menyelamatkan kelab berkenaan daripada terus terjerumus dalam krisis prestasi.

Pochettino tiba di pusat latihan Carrington pada hari ini selepas menempuh penerbangan kira-kira tujuh jam dari Cincinnati, sejurus mengendalikan perlawanan terakhirnya bersama skuad kebangsaan Amerika Syarikat (AS).

Pengendali berusia 54 tahun itu sebelum ini membawa AS menewaskan Haiti, semalam, sebelum menaiki pesawat khas ke Manchester bagi memulakan tanggungjawab baharunya.

Namun, beliau tidak mempunyai banyak masa untuk menyesuaikan diri apabila United bakal berdepan musuh tradisi, Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield, Ahad ini.