Kuala Lumpur: Kehadiran Star City FC (SCFC) dalam saingan Liga Super bukan sekadar untuk mengisi slot pasukan dalam saingan Liga Super, sebaliknya menggalas misi besar sebagai nadi baharu dan penyelamat maruah bola sepak bagi penyokong di seluruh wilayah Utara.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Mahadi Syed Hassan menegaskan penubuhan kelab itu lahir daripada kesedaran mendalam selepas melihat ketiadaan pasukan tradisi dari utara untuk bersaing di pentas tertinggi.
Tegasnya, usaha berterusan ini digerakkan khusus demi memberi peluang kepada penyokong setia di rantau utara merasai kehangatan saingan kompetitif.
"Kalau kita tiada berusaha ke arah itu, mana mungkin penyokong-peminat bola sepak Utara mahu lihat pasukan-pasukan yang berprestij dalam Liga Super seperti JDT, Kuching City, Selangor FC untuk bersaing?








%2Ffile%2F1101%2Fab0c8377ddb86b496a9939fa5965e5ae.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)
