KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Tai-Yap Roy King terus mengekalkan momentum cemerlang apabila mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Terbuka Hong Kong, hari ini.

Masih segar dengan kejayaan menjulang kejuaraan Masters Kumamoto di Jepun, Ahad lalu, pasangan ranking ke-38 dunia itu mempamerkan aksi meyakinkan untuk menewaskan wakil Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin yang menghuni ranking ke-20 dunia, 21-17, 21-14 dalam tempoh 29 minit di Kai Tak Arena.

Kemenangan itu menyaksikan Aaron-Roy King meneruskan rentak positif selepas turut muncul juara Terbuka Artik di Finland bulan lalu, selain mara ke separuh akhir Terbuka Hylo di Jerman.

Menanti mereka pada pusingan kedua ialah gandingan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin yang juga pemenang pingat emas Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 bagi perebutan tiket ke suku akhir.