IPOH: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak menzahirkan perasaan dukacita susulan seorang pelajar Tingkatan Tiga disahkan meninggal dunia di sebuah sekolah di negeri ini, hari ini.
Menurut jabatan itu dalam satu kenyataan pihaknya sedang memantau perkembangan insiden berkenaan secara dekat dan mengarahkan pihak sekolah memberi kerjasama sepenuhnya kepada siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"JPN Perak telah menyelaras agar perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta sokongan psikososial diberikan kepada murid, guru serta warga sekolah yang terkesan, dalam memastikan kesejahteraan emosi









