Kuala Lumpur: Penyanyi, Ali XPDC dikejarkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN), di sini, selepas dipercayai mengalami sesak nafas kira-kira jam 4 petang tadi.

Perkara itu dikongsikan anak lelakinya, Wan Aliuddin Aqiel atau Aqiel menerusi hantaran di status WhatsApp.

Pada masa sama, Aqiel memohon orang ramai terutama peminat untuk mendoakan agar segala urusan bapanya itu dipermudahkan.

Sementara itu, pemain dram XPDC, Lola turut berkongsi hantaran dibuat usahawan Ejay Da'ie mengenai keadaan kesihatan Ali yang merosot sejak tiga hingga empat hari lalu serta mengalami sesak nafas.