“NILAI kesopanan dan kesusilaan merupakan asas kepada pembinaan masyarakat yang harmoni dan negara sejahtera. Sedarilah! perilaku warga, apatah lagi dalam kalangan pemimpin akan memberikan imej, wajah dan identiti negara kita di mata dunia.
“Kesopanan dan kesusilaan yang diamalkan oleh warga merupakan suatu ukuran kemajuan dan ketamadunan negara.” – Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Prinsip Rukun Negara digarap selepas negara melalui episod berdarah yang amat menginsafkan rakyat Malaysia.
Daripada peristiwa 13 Mei itu, Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat menekuni dan meyakini kesopanan dan kesusilaan harus dijadikan pasak negara yang wajib ditaati bagi menjamin keamanan dan keselamatan negara.








