am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Polis meminta bantuan orang ramai mengesan dua remaja berusia 14 dan 16 tahun yang dilaporkan hilang dalam dua kejadian berasingan di sekitar Lembah Jaya, Ampang.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid, berkata, kes pertama membabitkan remaja, Shahzan Iskandar Abdullah, 14, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Taman Industri Lembah Jaya, Isnin lalu.
Katanya, remaja lelaki itu keluar kira-kira jam 9.30 malam dengan alasan mahu mengambil adik lelakinya yang pulang mengaji.
"Selepas mengambil adiknya dan pulang ke rumah, remaja itu keluar semula dan tidak pulang sehingga kini.






