KUALA LUMPUR: Polis meminta bantuan orang ramai mengesan dua remaja berusia 14 dan 16 tahun yang dilaporkan hilang dalam dua kejadian berasingan di sekitar Lembah Jaya, Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid, berkata kes pertama membabitkan remaja berusia 14 tahun, Shahzan Iskandar Abdullah, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Taman Industri Lembah Jaya, Isnin lalu.

Remaja lelaki itu keluar kira-kira jam 9.30 malam dengan alasan mahu mengambil adik lelakinya yang pulang mengaji.

"Selepas mengambil adiknya dan pulang ke rumah, remaja itu keluar semula dan tidak pulang hingga kini.

"Remaja itu tinggi kira-kira 168 sentimeter (sm), berat 55 kilogram (kg) dan berkulit sawo matang," katanya dalam kenyataan, malam ini.