Pertandingan filem pendek, CommFest: Nukilan Lentera 'Dari Lensa, Demi Malaysia' membuktikan keupayaan generasi muda dalam menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan, kepelbagaian budaya, warisan serta identiti negara menerusi medium penceritaan visual.
Program itu dianjurkan penuntut Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Korporat, Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) diketuai Dayana Safiyya Zulhalmi selaku Pengarah projek, baru-baru ini.
Pertandingan itu menghimpunkan seramai 101 peserta daripada 12 pasukan yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori umum (enam pasukan) dan kategori sekolah (enam pasukan).
Bagi kategori umum, Kibo Visuals menerusi karya bertajuk Bukan Rumah Kita dinobatkan sebagai johan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500.






