syafil.syazwan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berdepan detik cemas selepas anak bongsunya, Muhammad Afwa, memasukkan biji mutiara mainan ke dalam lubang hidungnya.
Kejadian berlaku selepas Siti pulang dari sesi latihan apabila Afwa, 5, didapati seperti membuat 'silap mata' dengan memasukkan objek berkenaan.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Siti memberitahu dia terpaksa bergegas membawa anaknya ke bahagian kecemasan hospital untuk mendapatkan rawatan.
"Anak bertuah ibu, balik rumah dari latihan dia buat 'magic' masukkan biji mutiara mainan dalam lubang hidung. Dah kena pergi kecemasan.









