IPOH – Seorang pekerja restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 14 tahun sehingga hamil, tiga tahun lalu.
Tertuduh, Mohamad Al-Fierus Syarkawie Mohd. Khamis, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 14 tahun enam bulan di sebuah pangsapuri di Jalan Hospital, di dalam daerah Kinta di sini pada pukul 5.15 petang, 1 September 2023.
Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.








