Oleh Sharifah Mahsinah Abdullah
news@nst.com.my
Kota Bharu: Jabatan Imigresen akan meningkatkan penguatkuasaan di restoran tomyam di seluruh negara, susulan dakwaan pihak berkuasa Thailand bahawa kira-kira 100,000 pekerja di premis berkenaan di Malaysia tidak mempunyai permit kerja sah.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya mengambil maklum dakwaan berkenaan.
"Berdasarkan rekod Jabatan Imigresen, sehingga 15 September lalu, terdapat 12,629 Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang masih aktif di bawah kategori restoran.






