SAYA seorang wanita yang bekerjaya. Saya sering pulang ke rumah sehingga malam dalam keadaan tertekan dan kepenatan. Sebaik pulang ke rumah, saya sibuk menguruskan keperluan anak-anak. Disebabkan keletihan, saya sering hilang minat apabila diajak ‘bersama’ oleh suami. Malah, saya pernah berbohong mengatakan, saya sedang dalam haid untuk mengelak daripada ‘bersama’ suami. Apakah hukum perbuatan saya itu?

JAWAPAN: TANGGUNGJAWAB isteri mentaati perintah suami pada perkara yang makruf selagi dalam kerangka syarak. Bahkan, terdapat hak-hak suami yang perlu dilunaskan oleh seorang isteri. Para fuqaha bersepakat bahawa suami berhak mengajak isterinya untuk bersetubuh pada bila-bila masa yang dia mahu melainkan pada alasan-alasan syarie seperti waktu ketika haid, nifas, keadaan zihar dan ketika ihram.
Begitu juga, nusyuz boleh terjadi apabila isteri menolak hubungan seksual walaupun dalam bentuk memegang pada anggota yang dipilih suami.