PETALING JAYA – “Tak payah keluar rumah la empat hari ni.”
Itu luahan seorang lelaki yang mendedahkan terpaksa berdepan kesesakan sejauh 11 kilometer (km) dari rumahnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini.
Individu itu berkata, dia mengambil masa sehingga satu jam setengah untuk tiba susulan kesesakan berkenaan dan mendakwa susulan daripada penganjuran Formula Satu (F1) di Sepang.
Menerusi hantaran itu, dia yang menggunakan profil @Edy_ferdaus di media sosial berkata, perjalanan pulang juga memerlukan dirinya membuat pusingan melalui Tol Serenia.
“Rumah dengan KLIA 11 km, tapi nak sampai KLIA sejam setengah. Nak balik kena pusing Tol Serenia. F1 punya penangan,” katanya.








