KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Jumaat didorong oleh hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang rendah dan sentimen Rizab Persekutuan (Fed) yang berhati-hati memberikan kelegaan kepada pelabur.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.49 mata atau 0.09 peratus kepada 1,631.85 daripada 1,630.36 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks dibuka tinggi 3.51 mata kepada 1,633.87.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 239 berbanding 137 manakala 270 kaunter tidak berubah, 2,127 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 173.94 juta saham bernilai RM95.98 juta.