Paris: Dua lukisan karya pelukis terkenal Pierre-Auguste Renoir bernilai jutaan dolar yang dicuri dari muzium di French Riviera, Perancis, bulan lalu berjaya ditemui semula.
Selain itu, enam suspek turut ditangkap, menurut datuk bandar tempatan, kelmarin.
Pencuri terbabit memecah masuk kawasan Muzium Renoir di Cagnes-sur-Mer pada awal pagi 8 September lalu dengan memotong pagar taman sebelum memasuki bangunan menerusi tingkap.
Dua lukisan dicuri ialah 'Madame Colonna Romano' dan 'Young Woman at the Well', hasil karya Renoir yang pernah terjual pada harga puluhan juta dolar dalam lelongan.








