Nama pelakon meningkat naik, Sky Iskandar terus meniti di bibir peminat industri hiburan tanah air apabila tampil mencuba nasib dalam genre aksi komedi menerusi filem terbaharunya berjudul Goreng!.
Filem arahan pengarah tersohor, M Raihan Halim itu bakal menyaksikan Sky memegang watak utama sebagai Joe, seorang pemuda yang kelihatan kurang bertanggungjawab, namun mempunyai impian besar dan agak luar biasa.
Menerusi filem Goreng!, Sky bergandingan dengan barisan pelakon hebat antaranya Nadhir Nasar, Chech Harith, Tony Eusoff dan Amelia Henderson.
Mengulas mengenai pembabitannya dalam Goreng!, Sky mengakui garapan jalan cerita dan komedi yang dibawa filem ini menjadi faktor utama dia tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran berkenaan.










