Pempengaruh media sosial Lim Sian See, atau nama sebenarnya, Eric See-To, dilapor persoal perkataan 'lighad' dalam teks ucapan PM Anwar Ibrahim ketika bentang Belanjawan 2027 Jumaat lepas. (Gambar Facebook)KUALA LUMPUR: Pempengaruh media sosial Lim Sian See dipanggil ke IPD Brickfields hari ini bagi diambil keterangan berhubung hantaran di media sosialnya.
Menurut sumber, Lim atau nama sebenarnya, Eric See-To, kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi pada 12.45 tengah malam Ahad sebelum kes itu dirujuk ke Bukit Aman.
Sumber itu berkata, Lim kemudian dibebaskan atas jaminan polis.
Sebelum ini, Lim dilapor mempersoalkan penggunaan perkataan 'lighad' dalam teks ucapan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 di Dewan Rakyat, Jumaat lepas.






