PETALING JAYA – Kemunculan pacuan empat roda berjenama mewah, Mercedes-Benz G-Class (G-Wagon) dipandu oleh pelumba kereta Formula 1 (F1), George Russell di tengah kesesakan menuju Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang menarik perhatian orang ramai.
Menerusi hantaran Threads, Sy4fnis, dia berkongsi gambar G-Wagon dipandu Russell sambil berseloroh pelumba tersebut berkemungkinan ‘pening’ dengan kesesakan dihadapinya.
“Tengah sedap layan jem (sesak) dalam shuttle (bas ulang-alik), tiba-tiba ada escort (pengiring) kereta Merc. Rupa-rupanya Georde Russell weh, drive (pandu) sendiri. Dia pun pening kepala stuk ‘jem’ (sangkut dalam kesesakan),” katanya pada hantaran hari ini.
Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas termasuk ada yang berkongsi video sempat melambai kepada Russell.








