PUTRAJAYA – Gandingan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Pilhan Raya Umum ke-16 (PRU16) kelak dilihat berupaya menjadi penawar kepada pelbagai permasalahan berkait perkauman di negara ini.
Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Antarabangsa, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Misrinah Misban berkata, keberadaan kedua-dua tokoh tersebut dalam satu barisan menjamin keyakinan rakyat dalam nasib dan isu Melayu terus dipertahankan.
Katanya, pada masa sama, kaum Cina dan India terus mendapat pembelaan daripada pimpinan lain dalam Pakatan Harapan (PH) dengan rekod pentadbiran sebelum ini yang ternyata berkesan.








