KUALA LUMPUR: "Melihat Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad) dalam keadaan sedih, saya rasa sangat tersentuh hingga menitiskan air mata," kata ahli fisioterapi, Choo Zhang Hui atau dikenali sebagai Kevin Choo, 31.
Terdahulu, kehadiran Kevin di sisi Tun Dr Mahathir semasa pengebumian isterinya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, Isnin lalu, tular di media sosial selepas dia dilihat turut menangis.
Berkongsi kisahnya, Kevin berkata, beliau mula bertugas sebagai ahli fisioterapi kepada pasangan itu sejak dua tahun lalu.
"Ketika mula bertugas, ada sedikit rasa segan dan kekok kerana kita tahu siapa mereka. Namun lama-kelamaan, hubungan itu jadi lebih selesa.
"Walaupun pasangan itu sudah berusia, mereka tetap mempunyai semangat yang kuat untuk menjalani rawatan fisioterapi untuk kekal sihat," katanya.






