nurul.hidayah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Melihat Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad) dalam keadaan sedih, saya rasa sangat tersentuh hingga menitiskan air mata," kata ahli fisioterapi, Choo Zhang Hui atau dikenali sebagai Kevin Choo, 31.

Terdahulu, kehadiran Kevin di sisi Tun Dr Mahathir ketika pengebumian isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Isnin lalu, tular di media sosial selepas dia dilihat turut menangis.

Berkongsi kisahnya, Kevin berkata, beliau mula bertugas sebagai ahli fisioterapi kepada pasangan itu sejak dua tahun lalu.

"Ketika mula bertugas, ada sedikit rasa segan dan kekok kerana kita tahu siapa mereka. Namun lama-kelamaan, hubungan itu jadi lebih selesa.