NAGOYA: Skuad pelayaran negara menyumbang tiga pingat gangsa pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 menerusi acara dinghy lelaki serta skiff lelaki dan wanita di Pelabuhan Layar Kaiyoh, hari ini.

Dalam acara dinghy lelaki, pelayar berpengalaman negara, Khairulnizam Mohd Afendy meraih gangsa selepas menamatkan saingan di tempat ketiga daripada 18 peserta dengan mengumpul 14 mata.

Pingat emas menjadi milik Ha Jee-min dari Korea Selatan dengan sembilan mata, manakala Nicholas Bezy dari Hong Kong membawa pulang perak (11 mata).

Bagi acara skiff lelaki (29er), gandingan Muhammad Adam Aierell dan Iqbal Nazham Musmuliadi turut menaiki podium selepas menduduki tempat ketiga dengan 39 mata.

Gandingan Hong Kong, Ethan Kiu dan Louis Polson meraih emas dengan 11 mata, manakala Sean Kum Kok Wei dan Nigel Xu Yuan Tan dari Singapura membawa pulang perak (35 mata).