sukan@hmetro.com.my
Langkawi: Skuad pelayaran negara menghadiahkan tiga pingat gangsa buat Malaysia menerusi kelas ILCA7, 29er Lelaki dan 29er Wanita pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini.
Kejayaan itu menyuntik semangat kem negara ketika beberapa lagi kelas masih meneruskan saingan memburu pingat di Pelabuhan Layar Kaiyoh, yang menjadi gelanggang acara pelayaran temasya berkenaan.
Olimpian empat kali negara, Khairulnizam Mohd Afendy menyumbang gangsa pertama selepas menamatkan saingan kelas ILCA7 di kedudukan ketiga keseluruhan dengan 14 mata.
Pingat emas kelas itu menjadi milik pelayar Korea Selatan, Jeemin Ha yang mengumpul sembilan mata, manakala wakil Hong Kong, Nicholas Bezy Halliday meraih perak dengan 11 mata.






