KUALA LUMPUR – Rakyat digesa memboikot syarikat yang terlibat pembakaran hutan sehingga menyebabkan jerebu rentas sempadan dengan menggunakan kuasa membeli seperti pendekatan Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu berdepan pertikaian dengan United Kingdom.Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan, tindakan menggerakkan kuasa pengguna perlu menjadi sebahagian daripada usaha lebih tegas untuk menekan syarikat yang mengutamakan keuntungan sehingga menjejaskan kesihatan, ekonomi dan pendidikan jutaan penduduk."Tidak boleh hanya mengharapkan kerajaan untuk bertindak. Kita perlu pergi kepada rakyat, pergi kepada orang awam dan pastikan rakyat Malaysia turut bersama menggembeleng tenaga serta melakukan protes dari sudut kewangan."Kita mempunyai kuasa beli yang akhirnya boleh buatkan syarikat-syarikat di Indonesia takut kerana walaupun jumlah penduduk Malaysia hanya sekitar 30 juta orang tetapi kita antara yang tertinggi di rantau ini dari sudut pembelian per kapita," katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Selasa.Pada 2 Oktober 1981, Dr Mahathir yang ketika itu baru tiga bulan menjadi Perdana Menteri memperkenalkan dasar ‘Buy British Last’ bagi menjadikan barangan dan perkhidmatan Britain sebagai pilihan terakhir kerajaan Malaysia.Langkah itu susulan pertikaian berhubung pemansuhan subsidi yuran pengajian pelajar asing di Britain yang menyebabkan kos pendidikan kira-kira 17,000 pelajar Malaysia tajaan kerajaan meningkat, selain ketidakpuasan hati terhadap pendirian beberapa firma British berhubung Dasar Ekonomi Baru (DEB).Selepas hampir 18 bulan dilaksanakan, Dr Mahathir menarik balik dasar ‘Buy British Last’ pada 31 Mac 1983 susulan usaha memulihkan hubungan kedua-dua negara, termasuk rundingan dengan Perdana Menteri Britain ketika itu, Margaret Thatcher.Syed Saddiq yang juga bekas Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) turut menggesa Malaysia mengemukakan bantahan diplomatik tegas kepada Indonesia serta mendapatkan sokongan negara ASEAN lain khususnya Singapura.Menurutnya, syarikat yang terbukti terlibat dalam kegiatan itu perlu disekat daripada memperoleh akses kepada pembiayaan termasuk pinjaman daripada institusi kewangan di Malaysia dan Singapura."Malaysia dan Singapura mempunyai persamaan dan pengaruh, iaitu kita juga yang memberikan modal besar kepada syarikat-syarikat di Indonesia."Syarikat-syarikat walaupun sedikit pun terkait dengan kegiatan pembakaran hutan ini, mereka tidak boleh diberikan akses modal pasaran. Kita perlu menyekat akses mereka kepada pembiayaan," ujarnya.Bagaimanapun, Syed Saddiq memberitahu, tindakan tidak boleh hanya tertumpu kepada syarikat dari Indonesia, sebaliknya syarikat Malaysia yang didapati terbabit dalam kegiatan pembakaran hutan juga perlu dikenakan tindakan tanpa pilih kasih.Kata beliau, masalah jerebu bukan isu kecil kerana kesannya turut dirasai dalam sektor pendidikan apabila sekolah terpaksa ditutup akibat pencemaran udara.Ujarnya, keadaa
Jerebu: 'Tiru langkah Tun M, boikot syarikat pembakar hutan' - Syed Saddiq

Key takeaways
Syed Saddiq menyeru rakyat memboikot syarikat pembakar hutan seperti pendekatan Tun Dr Mahathir dulu.
- Syed Saddiq menyarankan rakyat menggunakan kuasa membeli untuk menekan syarikat terlibat jerebu.
- Beliau mengingatkan tindakan kerajaan tidak cukup, perlu sokongan rakyat.
- Beliau menyebut contoh dasar 'Buy British Last' Tun Dr Mahathir pada 1981.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- RAIHAM MOHD SANUSI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Jerebu: Selangor, JPNS bincang langkah keselamatan murid
- Malaysiakini (BM) Wan Saiful gesa wujudkan dana pampasan jerebu, siasat syarikat Malaysia
- Free Malaysia Today Syed Saddiq gesa boikot syarikat punca jerebu
- Sinar Harian Jerebu: 'Tiru langkah Tun M, boikot syarikat pembakar hutan' - Syed Saddiq (this story)







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FAyeshaSheikMazrul3_325027.png&w=480&output=webp&q=85&we)