KUALA LUMPUR: Kejayaan skuad sepak takraw negara meraih pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 membuka ruang kepada pembangunan bakat baharu apabila McDonald’s Malaysia menyalurkan sumbangan RM50,000 kepada Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, kejayaan skuad senior negara bukan sahaja membanggakan rakyat Malaysia, malah mampu menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk menceburi sukan berkenaan.
“Seluruh skuad telah memberikan rakyat Malaysia satu detik yang amat membanggakan, hasil bertahun-tahun latihan, pengorbanan dan semangat berpasukan, selain sokongan berterusan keluarga, jurulatih serta pihak pengurusan,” kata Azmir selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Pembangunan Sepak Takraw Malaysia di McDonald’s Pandu Lalu Titiwangsa, hari ini.









