am@hmetro.com.my

Melaka: Penuntut jurusan kejuruteraan sebuah Universiti Awam (UA), di sini, didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas tuduhan mencuri pelbagai kelengkapan pendakian dan rekreasi lasak milik sebuah premis, Isnin lalu.

Tertuduh, Muhammad Arfan Karim Mohamad, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan dalam prosiding di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencuri dalam bangunan digunakan sebagai tempat simpanan harta benda daripada milikan syarikat menjual pelbagai peralatan sukan.

Antaranya termasuk tiga beg galas, sepasang kasut, beg selimut kecemasan, topi keledar pendakian, pelindung hujan beg galas dan tongkat mendaki.