Lima rakyat Malaysia itu ditahan di Lapangan Terbang Haneda di Tokyo, Sabtu lalu selepas pihak berkuasa menemui kokain yang disembunyikan di bawah lapik tapak kasut mereka.PETALING JAYA: Polis Bukit Aman menghantar pasukan ke Jepun susulan penahanan lima rakyat Malaysia yang disyaki cuba menyeludup kira-kira 5kg kokain di Lapangan Terbang Haneda di Tokyo.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Hussein Omar Khan berkata pasukan itu juga akan menyiasat sama ada suspek yang ditahan mempunyai kaitan dengan rangkaian sindiket dadah di Malaysia dan antarabangsa.

Katanya, pihak berkuasa Jepun juga sedang menjalankan siasatan berhubung dari mana bekalan dadah itu diperoleh, lapor Bernama.