Isnaraissah Munirah Majilis berkata tidak sepatutnya digambarkan keseluruhan RM18.7 bilion diperuntukkan khusus untuk pembangunan Sabah.KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan digesa memperincikan pecahan peruntukan RM18.7 bilion untuk Sabah dalam Belanjawan 2027 mengikut kementerian supaya rakyat dapat mengetahui jumlah sebenar yang disalurkan bagi pembangunan negeri itu.

Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) berkata jumlah diumumkan itu bukan semuanya untuk pembangunan kerana turut merangkumi belanja mengurus, termasuk pembayaran gaji kakitangan Persekutuan yang bertugas di Sabah.

Katanya, perbelanjaan mengurus sememangnya tanggungjawab kerajaan Persekutuan di semua negeri dan tidak sepatutnya menimbulkan gambaran bahawa keseluruhan RM18.7 bilion diperuntukkan khusus untuk pembangunan Sabah.