Siasatan KPDN Melaka dapati bekalan minyak masak peket itu diperoleh daripada syarikat pembungkusan beralamat di Selangor.

MELAKA: Sebuah restoran makanan Arab di Bukit Baru dikesan menyembunyikan minyak masak bersubsidi dalam plastik hitam yang diletakkan bersama-sama longgokan sampah kering di bilik asrama pekerja dalam serbuan Op Tiris 4.0 hari ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka Mohd Hazimin Jamaludin berkata, dalam serbuan pada 1.30 petang itu, sebanyak 230kg minyak masak peket pelbagai jenama bernilai RM575 ditemukan di restoran yang telah beroperasi sejak 2014 itu.

“Serbuan oleh lima anggota penguat kuasa KPDN Melaka hasil aduan dan risikan selama tiga minggu mendapati premis perniagaan milik warga Yaman itu disyaki menyeleweng minyak masak bersubsidi bagi tujuan komersial.