KUALA LUMPUR: Penemuan minyak masak paket dan gula keluaran Malaysia dijual di sebuah pasar di Narathiwat, Thailand menimbulkan persoalan bagaimana barangan kawalan berkenaan boleh berada di negara jiran.
Perkara itu dikongsikan menerusi aplikasi Threads oleh pemilik akaun Hafeezboh yang mendakwa menemui minyak masak paket buatan Malaysia ketika berjalan-jalan di sebuah pasar di Narathiwat.
"Yang ini memang kita eksport secara rasmi atau hasil penyeludupan?" katanya .
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai dengan beberapa pengguna media sosial mendakwa barangan berkenaan mungkin dibawa keluar dari Malaysia secara tidak sah.
View on Threads






