Melaka: Sebuah restoran makanan Arab di Bukit Baru di sini dikesan menyembunyikan minyak masak bersubsidi dalam plastik hitam yang diletakkan bersama-sama longgokan sampah kering di bilik asrama pekerja di tingkat tiga premis itu dalam serbuan Ops Tiris 4.0 hari ini.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka Dr Mohd Hazimin Jamaludin berkata dalam serbuan pada 1.30 petang, sebanyak 230 kilogram minyak masak peket pelbagai jenama bernilai RM575 ditemukan di restoran yang telah beroperasi sejak 2014 itu.
"Serbuan oleh lima anggota penguat kuasa KPDN Melaka hasil aduan dan risikan selama tiga minggu mendapati premis perniagaan milik warga Yaman itu disyaki menyeleweng minyak masak bersubsidi bagi tujuan komersial.






