KEDUA-dua mereka berasal dari Semenanjung. Bagaimanapun, tanpa disangka Bumi Kenyalang menemukan jodoh pemain gitar XPDC, Arif Izo, 29, dan Siti Nahirah Maulad Sulaiman, 29, pada 10 Oktober lalu.

Arif berkata, pertemuan ketika menjayakan Konsert Fenomena Samurai Search-XPDC di Sarawak pada 15 Disember tahun lalu, memutik perasaan cinta antara mereka.

"Siti Nahirah datang sana untuk kerjanya. Jadi, kami bertemu di sana. Dia kemudian datang dekat saya, di tepi kereta itu kerana nak tangkap gambar sama.

"Saya pun okey lah, turun kereta. Saya ketika itu demam dan tak turun kereta. Tapi, saya turun kereta kebetulan untuk dia seorang sahaja.