SUNGAI BULOH: Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri R Ramanan menyifatkan kedudukannya di kawasan itu sebagai 'selamat' berdasarkan sokongan diterima daripada penduduk setempat.
Menteri Sumber Manusia itu berkata, beliau sudah melakukan yang terbaik sepanjang menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen dan akan terus berusaha memperbaiki prestasi demi memenuhi harapan penduduk.
"Bagi saya, saya sudah melakukan yang terbaik. Saya masih melakukan yang terbaik dan akan terus melakukannya dengan lebih baik," katanya selepas merasmikan Program MADANI Kita 2026 Sungai Buloh, Memaknai Harapan Rakyat di Kota Damansara, hari ini.
Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata, kedudukan selamat itu juga boleh dilihat berdasarkan sambutan menggalakkan terhadap pelbagai program bersama masyarakat yang dianjurkan.









