Bapa Altantuya, Shaariibuu Setev, dan Sangeet Kaur Deo mendengar keputusan saman sivil di pejabat wanita itu awal tahun ini. (Gambar Al Jazeera)PETALING JAYA: Dua peguam menggesa kerajaan agar membawa pulang pembunuh yang disabitkan kesalahan, Sirul Azhar Umar, dari Australia bagi membuka semula kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu, yang 'belum selesai'. Altantuya ditembak dan mayatnya diletupkan pada 2006.

Bekas peguam negara, Tommy Thomas, berkata Malaysia hanya memerlukan 30 minit untuk memastikan Sirul dapat diektradisi. Sirul melarikan diri ke Australia pada 2015.

"Malaysia hanya perlu memberikan aku janji kepada Australia bahawa Sirul tidak akan berdepan hukuman mati sekembalinya dia. Menteri luar, menteri dalam negeri dan peguam negara mesti duduk bersama dan menulis surat kepada rakan sejawat di Australia," kata Thomas.