Gabungan Parti Sarawak kini memegang 80 daripada 82 kerusi dalam DUN Sarawak, manakala baki dua kerusi, Padungan dan Pending, diwakili DAP. PRN Sarawak dijangka Disember ini.PETALING JAYA: Backbencher Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memastikan kerajaan Sarawak terus dipantau sekiranya GPS berjaya menyapu bersih semua kerusi pada PRN akan datang, kata Menteri negeri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Karim berkata 'backbencher' akan bertindak sebagai kumpulan pendesak seperti pembangkang sekiranya GPS memenangi semua 82 kerusi dalam pilihan raya itu, lapor Dayak Daily.

Abdul Karim Rahman Hamzah.“Kita mempunyai mekanisme semak dan imbang sendiri, termasuk unit ombudsman dan mekanisme lain untuk memastikan akauntabiliti,” katanya yang dipetik sebagai berkata.