KUALA LUMPUR: Kediaman yang menarik dan selesa tidak semestinya memerlukan perbelanjaan besar, sebaliknya boleh direalisasikan menerusi susun atur ruang yang sesuai, pencahayaan baik serta pemilihan aksesori ringkas.

Ada kalanya, perubahan kecil seperti mengubah kedudukan sofa, memperbaiki pencahayaan atau menambah hiasan bersesuaian sudah cukup untuk memberikan suasana baharu kepada kediaman tanpa perlu mengeluarkan kos tinggi.

Apa yang penting, setiap perubahan perlu dirancang mengikut keperluan dan kemampuan supaya usaha memperindah rumah tidak membebankan kewangan keluarga.

Pendekatan itu selari dengan kempen New Style, Big Value yang diperkenalkan SSFHOME bagi menawarkan pelbagai kelengkapan rumah untuk membantu pengguna menghias kediaman mengikut cita rasa